Welcome to MyTopTips! (no longer active)

This is where you can share your tips, knowledge, opinion and experiences! Have Fun! Your Tips is My Top Tips!

images

Sunday, June 04, 2006

.:: Wajarkah Perkahwinan MIsyar??? ::.

Sejarah perkahwinan misyar:
  • Dikatakan mula wujud dan dilaksanakan di tanah Arab pada 1825.
  • Perkahwinan seumpama itu banyak berlaku di kalangan wanita yang berkedudukan tinggi dan berpendapatan lumayan di negara Arab Saudi serta beberapa negara Teluk.
  • Bermaksud suami tidak perlu memikul tanggungjawab memberi nafkah zahir seperti wang ringgit dan pakaian, tetapi cukup hanya dengan memenuhi nafkah batin isteri.
  • Boleh jika mendapat keizinan daripada pihak perempuan yang perlu dibuat secara bertulis bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini.

    Sokong perkahwinan misyar diamalkan:
  • Tidak seharusnya timbul persoalan mengenai penghinaan terhadap wanita kerana mereka sudah memberikan keizinan
  • Sesuai untuk wanita yang berharta.
  • Bagi mengatasi masalah wanita yang belum lagi mendirikan rumah tangga.
  • Mampu mengurangkan masalah berkaitan dengan kegiatan maksiat yang wujud dalam masyarakat.

    Tidak sokong perkahwinan misyar diamalkan:
  • Tidak bersesuaian dengan corak kehidupan masyarakat di negara ini.
  • Jumlah wanita belum berkahwin tidak ramai sehingga menimbulkan masalah.
  • Dianggap menghina wanita kerana tujuan perkahwinan misyar hanya untuk menghalalkan hubungan seksual.
  • Suami terlepas dari tanggung jawabnya sebagai ketua rumah tangga kerana tidak perlu bayar nafkah zahir kepada isteri dan anak.
  • Kesucian ikatan perkahwinan tidak seharusnya dipermain-mainkan kerana ia adalah satu perjanjian yang dibuat antara wali dan si lelaki untuk mengambil seseorang wanita sebagai isteri bersama tanggungjawab yang sudah ditentukan syarak.
  • Dianggap lebih teruk daripada mutaah iaitu perkahwinan yang mempunyai tarikh atau tempoh tertentu bagi sesebuah perkahwinan memandangkan perkahwinan misyar tiada tempoh ditetapkan.
  • Jika si suami merasakan hendak meninggalkan isterinya maka dia boleh berbuat demikian. Si suami juga mempunyai kuasa dalam menentukan berapa lama dia hendak hidup bersama wanita yang dikahwininya.
  • Perkahwinan itu juga mungkin memberi peluang kepada pihak lelaki untuk bertukar-tukar pasangan kerana mereka boleh berkahwin dan meninggalkan isterinya pada bila-bila masa saja.
  • Pelaksanaan perkahwinan ini akan menambahkan lagi masalah perceraian di negara ini dan berlakunya pertambahan dari segi bilangan ibu tunggal.
  • 0 Comments:

    Post a Comment

    << Home